Wednesday, January 19, 2011

Bila aku sudah besar...:-)


Guru: Bila besar nanti  nak jadi apa?
Aku: Nak jadi cikgu..

Masih teringat lagi kenangan sewaktu  darjah 1 yang mana sudah menjadi kebiasaan, soalan sebegini sering diajukan oleh guru kelas untuk mengisi kad 001. Contoh kad tue adalah seperti di bawah neh..hehe







Jadi, jelaslah bahawa, sejak dari kecil lagi kita sudah didedahkan dengan pembinaan matlamat kehidupan. Jadi, untuk entry kali ini, aku  ingin berkongsi mengenai bagaimana untuk mencapai matlamat dalam kehidupan. Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut: 

  
1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya 




Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan.  Insya-Allah. 
  

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda 




TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat atau matlamat anda. Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin dapat mencapai matlamat anda itu dengan segara dan sebaik mungkin. 
  
3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat Anda 




Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda ituTETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. 
  

4. Buat Perancangan 




RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya. 
  
5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda  




Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. 


  
6. Tangani Halangan 




1)  Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi. 

2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. 

  

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
  



Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.  

Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan. 

Sumber:http://www.ugmc.bizland.com

No comments: