Monday, February 14, 2011

You raise me up!

Salam semua...bagaimanakah dengan perjalanan hari anda pada hari ini? Hopefully, semuanya berada dalam keadaan baik dan semoga semua urusan dapat diselesaikan. Dah lamanya rasanya tak update blog neh...huhu..Alhamdulillah..akhirnya..siap gak video lagu You Raise Me Up versi Josh Groban. Bila buat video lagu neh..hati aku tersentuh.

Teringat pada arwah ayah aku. Walaupun sudah 6 tahun ayah meninggalkan aku dan keluarga, namun, kenangan bersamanya tak akan aku lupakan. Air mata aku mula bergenang dah....haish...Di bawah neh aku sertakan sajak yang pernah aku ciptakan khas buat arwah ayahku.....







Bingkisan Kasih Buat Ayah

Saat mentari melabuhkan tirainya
Termenungku sejenak di ruang jendela
Saat ini
Aku dambakan sebuah senyuman
Terukir jelas garisan halus
Menghiasi seraut wajahnya
Wajah yang dahulunya
Tidak pernah mengenal erti penat
Membanting tulang memerah keringat
Segala jerit perih
Hanyalah untuk keluarga tercinta

Ayah,
Betapa mulianya jasamu
Betapa besarnya pengorbananmu
Tidak dapat aku membalasnya
Hatta segunung emas sekalipun
Itu bukanlah galang gantinya

Masih segar di ingatanku
Kala aku dirundung kesedihan
Dialah penawar dukaku
Dielus-elus manja rambutku
Ditiupkan kata-kata azimat
Agar anakmu cekal dalam menghadapi
Rona-rona kehidupan
Oh..
Sesungguhnya
Aku merindui suasana itu

Maafkan aku ayah
Walau adakalanya
Hatimu terobek oleh perlakuanku
Namun di wajahmu tetap menguntumkan senyuman
Sesungguhnya
Anakmu ini masih lagi bertatih
Mencari kiblat kehidupan
Andai dapat kuundur masa
Inginku cium tangan kasarmu
Inginku kucup kedua pipimu
Agar dikau mengerti
Anakmu ini amat merinduimu

Namun kini
Tiada lagi kata-kata azimatmu
Tiada lagi belaian manjamu
Yang tinggal
Hanyalah dua nisan
Yang tertanam di pusara sepi
Bersama memori yang tercipta
Akanku siraminya dengan doa
Agar dikau aman bersemadi di sana
 Al Fatihah                    


Touching kan :-(





Wednesday, February 9, 2011

Kentang vs Straw

Salam..pekaba semua?harapnya hari-hari yang anda lalui penuh dengan keceriaan dan juga harapnya anda terus melalui hari-hari anda dengan penuh bersemangat..hoyeaaaaah..mesti anda tertanya-tanya apa kena lak ngan tajuk entry pada kali neh..kentang dan juga straw..huhu..baiklah..begini ceghitenyer..hehe.Percaya tak kalau kentang yang keras dapat ditembusi oleh straw? Ape?????? tak percaya?????..believe it..hehe..dh mcm rancangan Ripley's Believe It or Not la pulak..ngeeeee..Pengalaman ini aku perolehi sewaktu aku mengikuti program TOT anjuran kelas aku. Memang best..antara objektif program ini ialah melatih bakal-bakal kaunselor dengan modul-modul yang efektif sebagai persediaan untuk menjalankan program di sekolah kelak. Dan antara salah satu aktivitnya ialah cuba untuk menembuskan straw ke dalam sebiji kentang. Percubaan pertama perlu menembuskan 7 straw pada kentang tersebut. Walaupun pada mulanya agak kurang menjadi, tetapi, melihatkan kawan-kawan yang lain dapat menembuskan straw tersebut, hati neh mula bersemangat. Yeah..kau boleh Wanie! You can do it! Aku cuba meyakinkan diri aku..dan hasilnya...taraaaa lihatlah gambar di bawah neh..hehe


Inilah hasilnya..Alhamdulillah..aku berjaya menembusi 13 straw ke dalam kentang tersebut. Satu pengajaran yang aku dapat di sini ialah sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan juga sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita. Yang aku lagi kagum..ade kawan aku yang dapat tembus melebihi 20..hebat kan..




Ha..neh buktinya antara kawan aku yang berjaya menembuskan straw ke dalam kentang yang paling banyak..hehe (kredit  to teratakbonekabunda.blogspot.com). Nak tengok yang lagi power..tengok kat bawah neh pulak..siap boleh buat bentuk binatang lagi...hehe.semua yang kat bawah neh gabungan hasil kawan-kawan aku.. 


 Jadi,..percaya dan bersangka baiklah dengan Allah kerana tiada yang mustahil tanpa izin Allah. Allah Maha Mengetahui Ke Atas Segalanya..

Tuesday, January 25, 2011

Patah hati..:-(



Perghhh..tajuk entry kali neh  dah macam  tajuk lagu Sudirman...ngeee..yup..Patah Hati...Perasaan ini selalunya dialami apabila seseorang tersebut ditinggalkan si kekasih...Akibatnya..ada yang menangis sampai bengkak mata, mengurungkan diri dalam bilik dan ada juga yang bertindak di luar batasan iaitu dengan membunuh diri..nauzubillah min zalik..Apabila emosi menguasai pemikiran, maka manusia boleh bertindak diluar kawalan..

Baiklah di bawah neh, ada beberapa tips bagaimana cara atasi patah hati yang aku ambil daripada majalah Remaja..

1. Percaya pada takdir

Bila ' bekas kekasih'  memutuskan untuk memilih orang lain, ajar diri  kamu untuk mempercayai bahawa dunia belum berakhir lagi! Pujuk diri dengan mengatakan bahawa si dia bukan yang terbaik untuk kamu. Yakinlah bahawa Tuhan memiliki  rencana lain untuk kamu.

2. Relakan

Mencintai seseorang beerti kamu harus bersiap sedia untuk merelakan si dia terus bahagia dan bersedia untuk kehilangannya.  Bila si dia menyatakan bahawa dia tidak merasa bahagia ketika dengan kamu, jangan sesekali memaksanya untuk tetap berada di sisi kamu.

3. Lupakan

Teori memang tak semudah praktikal. Namun, saat dia memutuskan untuk meninggalkan kamu atasa alasan apa sekalipun, kamu harus terus mengajar diri untuk melupakannya. Awalnya memang sukar. Apa kata kamu sibukkan diri  dengan pelbagai aktiviti  positif  di luar  sebagai usaha untuk melupakannya.

4. Ambil hikmahnya

Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk diri kita. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengalaman yang paling berharga untuk kamu. Ambil hikmahnya dan pastikan ketika kamu memulakan hubungan baharu, hal-hal seperti itu tidak berulang.

5. Be nice

Kamu  perlu terus berbuat baik ketika berhubungan dengan siapa pun. Tingkatkan harga diri dengan dan teluslah dalam perhubungan. Kamu pasti akan dihargai oleh individu baru kelak!

6. Jangan bersendirian

Tangani masalah  dengan bijak! Orang yang baru putis cinta suka berfikir dan melakukan perkara-perkara yang aneh, lebih-lebih lagi sewaktu bersendirian . Jadi, elakkan!

7. Bersedia untuk orang baru

Jangan mengurung diri kamu dari pergaulan dengan dunia luar. Yakinlah diri kamu untuk kembali menjalin hubungan dengan sahabat dan rakan-rakan yang lain. Bukalah networking yang baru.

8. Serlahkan potensi diri

Wake up! Jangan biarkan diri kamu terperangkap dalam lara begitu lama. Cari semula potensi diri kamu sehingga ia boleh dinilai oleh orang lain.

9. Berdoa dan bertawakal

Serahkan segalanya pada kekuasaan Tuhan. Kamu bakal menemui kedamaian saat kamu mengadu dan merelakan segalanya pada-Nya. 

Monday, January 24, 2011

Suara oh suara...

Mesti suspen kan dengar tajuk entry kali ni...hehe..apa yang aku nk share di sini ialah mengenai potensi diri manusia. Hari ni, aku telah mewakili kolej aku untuk pertandingan koir sempena Hari Terbuka Kolej Za'ba. Kumpulan koir aku diberi nama Chorus Classic KAB. Memang happening gak ahli-ahli satu group aku neh..pendek kate memang sekepala semua ..pantang berjumpa..memang huru hara la jawabnya..hehe..Ape yang bestnye..kami semua dari program dan semester yang berbeza. Time untuk training koir selalunya dilakukan pada sebelah malam dan walaupun adakalanya mengambil masa yang lama untuk latihan tersebut. Tapi, masing-masing 'enjoy'. Rasa hilang semua beban mengenai assigment yang berlambak...hehe..

Pagi tadi..group aku telah mendapat nombor giliran ketiga untuk membuat persembahan. Cuak juga melihat persembahan kumpulan koir yang lain..masing-masing ada kelebihan..Apabila tiba giliran kumpulan aku untuk membuat persembahan, kami yakinkan diri kami bahawa kami mampu untuk membuat persembahan yang sebaik mungkin, Alhamdulillah..kumpulan aku berjaya mendapat johan bagi pertandingan tersebut..syukur ke hadrat Ilahi..Di bawah neh merupakan gambar ketika aku dan rakan membuat persembahan..




Sejak daripada tue, aku sedar..manusia neh mempunyai potensi masing-masing cuma sama ada manusia tersebut sedar atau tidak potensi yang ada dalam dirinya.

Oleh itu, di sini aku nak bgi beberapa tips untuk mengembangkan potensi diri..

1. Sedar dan yakin memiliki potensi cemerlang

2. Membina matlamat atau keinginan cemerlang

3. Membina sikap , pemikiran dan perlakuan positif

4.Menerima setiap kegagalan dan kekecewaan secara postif

5. Mengamalkan nilai hidup yang berpotensi cemerlang




Wednesday, January 19, 2011

Bila aku sudah besar...:-)


Guru: Bila besar nanti  nak jadi apa?
Aku: Nak jadi cikgu..

Masih teringat lagi kenangan sewaktu  darjah 1 yang mana sudah menjadi kebiasaan, soalan sebegini sering diajukan oleh guru kelas untuk mengisi kad 001. Contoh kad tue adalah seperti di bawah neh..hehe







Jadi, jelaslah bahawa, sejak dari kecil lagi kita sudah didedahkan dengan pembinaan matlamat kehidupan. Jadi, untuk entry kali ini, aku  ingin berkongsi mengenai bagaimana untuk mencapai matlamat dalam kehidupan. Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut: 

  
1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya 




Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan.  Insya-Allah. 
  

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda 




TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat atau matlamat anda. Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin dapat mencapai matlamat anda itu dengan segara dan sebaik mungkin. 
  
3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat Anda 




Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda ituTETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. 
  

4. Buat Perancangan 




RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya. 
  
5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda  




Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. 


  
6. Tangani Halangan 




1)  Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi. 

2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. 

  

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
  



Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.  

Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan. 

Sumber:http://www.ugmc.bizland.com

Friday, January 7, 2011

It's my territory






Salam semua....Alhamdulillah..akhirnya blog neh terhasil gak..walaupun tak seberapa..ngeeee...:-D..Diharapkan agar sudilah kiranya memberi komen yang membina yer..hehehe..hurmmmm...ok..kepada yang sedang stalking belog ini, thanks guys! Ecececeh..mcm pemes jer ek..kihkihkih..InsyaAllah..blog ini akan di'hupdate' dari semasa ke semasa(err..mengikut kelapangan masa yang aku ade)..hehe..ok..last but not least utk entry yg pertama neh..aku nak share satu kata-kata di bawah.




Cun tak kata-kata neh? Yer..aku memang setuju sangat dengan kata-kata neh..Sebenarnya...manusia yang tidak merancang adalah manusia yang merancang untuk gagal..Oleh itu..setiap apa yang kita lakukan haruslah kita rancang dengan sebaik mungkin..Oh ya..sebelum terlupa...adalah diharapnya dengan wujudnya blog neh, ia akan memberi manfaat kepada kita semua. Err..rasanya sampai kat sini dulu aku mengetuk keyboard laptop aku dan memandangkan mata pun dah mengantuk,..maka dengan ini diumumkan...beta berangkat dulu..hehehe..Berjumpa lagi di lain masa...Renung-renungkan dan selamat beramal..:-)