Monday, April 7, 2014

Interview oh interview part 2

Assalamualaikum dan selamat petang!hopefully ceria hendaknya dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini..cewaahhh...ayat dh mcm ustazah pulaksss..tp pd saya x salah kalau kita cuba untuk memperbaiki diri kita ke arah kebaikan kan dengan menggunakan kata-kata yang baik kan..:-) *nice untuk menggunakan kata ganti diri pertama" saya.".kikikiki..

Ok..seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas..dalam entry ni..insyaAllah..saya akan cuba untuk memberikan beberapa tips di samping berkongsi pengalaman saya ketika menjalani sesi temuduga di IPG Penang pada 20 .03.14 yang lalu.

First sekali...pada hari kejadian tue..pastikan kalau tempat tinggal anda jauh daripada pusat temuduga..rancang perjalanan anda sebaiknya supaya tiba seawal mungkin di pusat temuduga tersebut..Bukannya apa..kalau sampai awal..sekurang2ya akan mengelakkan rasa gabra..insyaAllah..Pengalaman saya.,saya memilih untuk stay di rumah kawan di Sungai Petani..kami sepakat untuk bertolak sekali memandangkan saya dari Perlih..so..kalau nk bertolak ke Penang tue,mungkin dalam pukul 3 atau 2 lebih dh nk kena bertolak dh..so.untuk mengelakkan situasi kelam kabut..alhamdulillah...saya telah dipelawa untuk oleh kwn untuk tinggal di rumahnya..(dh mcm karangan budak sekolah pulakss)hehe

So..saya dan rakan-rakan saya seramai 4 orang telah bertolak dari Sungai Petani pada pukul 5.30 pagi..bukannya apa..ada kwan yang nasihat supaya bertolak awal untuk mengelakka'jem' kat Jambatan Pulau Pinang nanti..Dalam perjalanan tue.Allah sahaja yang tahu perasaan dalam ati ni..berdebaq-debaq!hehe

Alhamdulillah..pada pukul 6.30pagi,kami telah sampai di Penang..waktu tue still mencari-cari2 lagi kedudukan IPG Penang..so..kena rajin bertanya na..malu bertanya sesat jalan..ok..berdasarkan peta yang diberi..kami selamat sampai ke IPG Penang..sesampainya kami kat situ..terus cari surau untuk solat Subuh...

Selepas solat Subuh...bersiap2 untuk bergerak ke Bilik Temuduga...Bila sarung ja blazer..perghh...perasaan tue x taw nk habaq mcm mana..bercampuq- aduq baq ang!hewhewhew..Yang pasti..tenangkan diri..tarik nafas dalam-dalam..dan hembussssss..perbanyakkan selawat..

Ok..sebelum ditemuduga..saya dan rakan-rakan yang lain diminta untuk berkumpul di satu bilik..boleh dikatakan sebagai bilik persediaan..di bilik ni..pegawai SPP yang bertugas akan menyemak dokumen-dokumen yang diperlukan..so..pastikan dokumen lengkap...

Kemudian..di bilik ni..kita akan tahu ahli kumpulan yang akan ditemuduga bersama dengan kita...jadi..keep on smiling..jangan sombong untuk bertegur sapa..sekurang2nya..apabila sudah bertegur sapa dengan ahli-ahli kumpulan..dapatlah saling membantu dalam bilik temuduga nanti..kiranya bolehlah saling backup ketika menjawab soalan nanti..

Ok..apabila bunyi loceng 'ktinggggg' sudah berbunyi..itu menunjukkan sudah sampai giliran anda untuk masuk ke dalam bilik temuduga..jangan lupa bagi salam dan ketuk pintu...yang penting berikan senyuman yang paling manis untuk panel-panel temuduga tue..first impression amatlahhhh pentinggg...is it rite?

seterusnya..jangan duduk selagi tidak disuruh duduk....dan jangan lupa ucapkan terima kasih...opsss..terlupa pulak..sebelum masuk..pastikan gelaran panel temuduga tersebut...kalau Dato' maka ucapkan terima kasih Dato' dan kalau guru cemerlang..ucapkan terima kasih Encik/Puan..

Ok..seterusnya..apabila disuruh duduk..buka butang blazer..dan selawat banyak-banyak sebelum menjawab soalan daripada panel..

Apabila panel memberikan soalan..dengar soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan..jangan eleborate jwpn tue panjang lebaq..kang jadi melalut pulaksss...so..bagi point yang dikehendaki oleh panel dan eleborate seringkas mungkin..

Ok..selalunya..soalan pertama yang akan diberikan oleh panel ialah perkenalkan diri...jadi.janganlah melalut cerita yang bukan-bukan kepada panel berkaitan diri anda..ini antara point yang anda boleh masukkan ketika memperkenalkan diri...

  • nama
  • asal
  • adik beradik
  • taraf pendidikan
  • pengalaman bekerja
  • nak cantik lagi masukkan motto hidup. 


untuk lebih yakin..cubalah praktis bercakap di hadapan cermin...dan cuba susun ayat sebaik mungkin untuk memperkenalkan mengenai diri anda...

ok..sewaktu saya ditemuduga,,selepas saya dan rakan-rakan diminta untuk memperkenalkan diri..Dato' daripada SPP akan mengemukakan soalan..antara soalan yang dikemukakan ialah andaikan kamu pengarah DCA yang mengetuai misi pencarian MH370...apakah yang akan anda fokuskan?soalan ini lebih berbentuk kepada kbkk..so..nasihat saya..kalau dh ada point..angkat tangan dan cuba untuk jwb dengan yakin..sebabnya..kalau anda menunggu rakan-rakan yang lain memberikan point masing-masing..takut nanti anda akan kehabisan point..

Soalan kedua daripada Dato' ialah apakah itu sumatif dan formatif dalam pengujian dan pengukuran bimbingan dan kaunseling..waktu ni..seyes nampak mmg saya dan ahli kumpulan yang lain agak blurr untuk menjawab soalan tersebut..pepun..jwb je apa yang terlintas di kepala..yang penting..cakap..hehe

Ok..beralih kepada soalan kaunselor cemerlang pulak..soalan yang pertama ditanya ialah apakah teori yang kamu pegang? memandangkan semua ahli kumpulan menjawab 2 teori..jadi soalan seterusnya ialah apakah teori eklektik? 

Seterusnya ialah mengendalikan sesi menggunakan pendekatan krisis.masa diberi 5 minit..awal-awal dh kena warning dgn panel."klau suara tak kuat..saya akan potong markah"apalagi..mmg kecuit peruit dibuatnya.saya memilih untuk menjadi kaunselor..dan seorang lagi ahli kumpulan menjadi klien..ahli-ahli kumpulan yang lain akan memberi komen terhadap sesi yang dikendalikan..Klien mmg superb!pelakon yg hebat..kaunselor ni pulaks yang mcm blur2 jee..almaklumla..dh lama x wat sesi..yang paling x tahan nk gelak waktu panel nasihat.."Wanie,nanti selalu wat sesi ngan suami dan rakan-rakan ye"kikikikiki..pepun..alhamdulillah..saya menerima setiap teguran dengan positif..

Selepas itu..kaunselor cemerlang bertanyakan soalan adakah penting penggunaan teori dalam melaksanakan sesi? Soalan seterusnya ialah jika anda mendapat tahu penempatan anda..apakah perkara yang akan anda lakukan?

Ok..apabila mendengaq panel berkata"ok..terima kasih"..dalam hati ni rasa mcm lepaih hutang seribu..hihihi..Alhamdulillah..tamat sudah sesi temuduga..yahhhooo!!!

Apalagi...jom p pekena nasi kandaq ngan coconut shake!hehehe..pepun saya doakan kepada anda yang bakal ditemuduga..semoga anda tenang dan dapa menjawab soalan-soalan panel temuduga dengan sebaik mungkin...insyaAllah

Doa+Usaha+Tawakal..Hopefully perkongsian saya yang x seberapa ni sedikit sebanyak dapat membantu anda, anda dan anda yang akan ditemuduga kelak...

U CAN DO IT GUYS!

Yang penting..betulkan niat anda untuk menjadi PENDIDIK..insyaAllah..akan dipermudahkan segalanya..

Ok la..penat tgn dok taip..nak smbg wat keja..hihihi..bubbyyyee :-)









Friday, March 28, 2014

Interview oh Interview

Assalamualakum dan selamat petang..hihi..dh lama dh x hupdate sebarang post kat blog ni..bukannya apa..x dak apa yg menarik untuk dikongsikan + malas nk menaip sebenonyeee..:-) Nak dapat feel menulis ni bukna senang sebanqnya..hehe

Tarikh 20.03.14 merupakan tarikh yg amat bermakna dalam hidup aku..ye la..mana taknye..setahun lebih weii menunggu untuk ditemuduga akhirnyaaaa.....alhamdulillah...saat yang dinanti akhirnya tiba..selalunya kalau buka laman web spp..selalu je spp minta maaf..asyik terpampang tulisan MAAF MAKLUMAT ANDA TIADA DALAM URUSAN INI..hehe..


Dalam slip tue..tertulis yang aku bakal ditemuduga di Institut Pendidikan Pulau Pinang...Bilik 6..pukul 7.30 pagi..Ketaq kapla baq ang bila dpt panggilan temuduga..hehe..teruja + ketaq = tetaq..haha...ada ka istilah tue?



Untuk lalui proses temuduga dari SPP..kena make sure persediaan dilakukan dari segi mental dan fizikal..Pertama sekali..bila dh dpt panggilan temuduga daripada SPP...sila PRINT OUT SLIP TEMUDUGA dan BORANG SENARAI SEMAK tue siap2..jgn sehari dua sebelum temuduga baru nak print..nanti kelam kabut pulaksss...Lepas tue..PRINT OUT SURAT PENGIKTIRAFAN JPA..link dia ada diberi kat laman web SPP..3 benda ni WAJIB dicetak!

Okeh!bila dah cetak semua tue..sila semak dokumen-dokumen yang diperlukan dalam senarai semak tue..susun ikut susunan yang terdapat dalam senarai semak tue dalam clear folder..ni ada panduan untuk susunan sijil ori dan salinan..




Kedua...buat persediaan untuk pemakaian sewaktu temuduga...ni contoh pemakaian sewaktu temuduga..abaika model2 dalam gambaq neh..kui3


1.Blazer..walaupun dia tak nyatakan wajib tapi untuk menampakkan penampilan yang kemas..better pakai sewaktu sesi temuduga tue..bayangkan kalau sewaktu temuduga tue..anda je yang  tak pakai blazer..kan boleh menimbulkan perasaan gelabah..so..nk selamat prepare je..dan perkara yang paling penting..make sure jantina blazer tue..kalau butang sebelah kiri untuk perempuan dan begitulah sebaliknya...sbb ada panel yng jenis cerewet akan tanya pasal menda alah ni..pastikan jugak ada poket sebelah dalam..kalau tak bukan blazer namanyeee...

2.Namentag...ni pekeliling nametag Bil 8 tahun 1983..make sure jangan letak bilangan huruf yang banyak..seeloknya tak lebih dari 8 perkataan..saiz nametag 7.5 x2.5. cm..ni pun kena amik kira jugak..sbb ada panel siap tanya pekeliling lagi untuk nametag..

3.Kasut..kalau yang lelaki make sure kasut berkilat...kalau yang perempuan lak pastikan kasut bertumit sikit...

Sometime orang akan pertikaikan apa yang ada pada tiga benda ni..tapi ye la kan..sekurang2nya kita berusaha..is it rite? Semoga dipermudahkan segala urusan sewaktu temuduga nanti..:-)

Aku rasa setakat ni dulu yang aku dapat kongs kali ni..insyaAllah..nanti aku akan kongsi pulak mengenai pengalaman ketika ditemuduga...adios amigos :-)

Tuesday, November 6, 2012

ADA APA DENGAN EXAM..NGEH3







Assalamualaikum..holaaaaaa...ari neh, bermulanya peperangan bagi pelajar-pelajar ting 5...bukan perang di medan perang, tapi, perang di medan peperiksaan...berdebaq wooooo...teringat masa aku amik SPM dulu2..haishhh..kenangan betoi...kuikuikui. Btw, kat cni, ingin aku nak kongsikan beberapa tips bagi  persediaan candidates exam sehari sebelum hari kejadian, x kisah sama ada PMR, SPM, or STPM :3


1. Make sure mlm sebelum hari kejadian( maksud aku, hari exam), hampa kena tidoq  awal. Tidoq kena cukup beb! kalau x, esok korang tersengguk2 waktu jawab exam. Kalau hampa nak wat ulangkaji pun, make sure, jangan la tidoq lewat, At least, kul 11 dh light off dh..(dh mcm dok kat hostel pulak)



                                                 

2. Make sure, sebelum tido, periksa alat tulis korang. Jangan esok terhegeh2 pinjam kat kawan. Kalau boleh, pen tue biar ada stok lebih. Jangan ada 1 pen ja dlm pencil case. Buatnya idea tgh mencurah-curah waktu tue, pastue, dakwat pen pulak habih, hah, kan ka haru lagu tue..
Kalau ada subjek yang memerlukan alat tambahan seperti kalkulator dan sebagainya, pastikan hampa bawak taw. 
                                                      
3. Gosok baju awai okehhhhhh! jgn pagi tue baru nak tergediks-gediksss nak gosok baju!Lepas tue, hang elok2. Ibarat gosok baju untuk sambut raya. Bila penampilan kemas, baru hampa yakin untuk jawab soklan exam tue.



               

4. Rancang perjalanan ke sekolah. Pastikan sampai awai ke sekolah. Kalau rumah jauh dari sekolah, aku syorkan supaya mohon utk tinggal di asrama sepanjang tempoh exam tue. Kalau tak pun, bertolak awai dari rumah. Takut nanti, bila sampai lewat ke sekolah n then hampa tengok kwn2 dh mule menjawab exam, hampa akan jadi panik. Make sure, 30 minit sebelum bermulanya exam, hampa dh berada dlm kawasan sekolah.

                                                          


5. Elakkan membuka nota berbincang dengan rakan sebelum hampa semua masuk ke dewan peperiksaan. Sebab, sat lagi, kalau hampa dok bincang lagi dengan kawan, n then tetiba baru perasan ada topik yang hampa x baca lagi. Kan dah boleh mengundang panik. Sometimes, it' s ok to disccuss with ur friend but not too  much okeh!

                                                
6. Lepas tue, jangan lupa makan sebelum masuk ke dewan peperiksaan sebab takut perut hampa menyanyi pak arab time hampa jawab exam tue.Breakfast tue pulak jangan la terlalu berat. Mayb minum susu or ayaq teh ngan sedikit roti ataupun bihun. Jangan pulak hampa dok pekena nasi lemak sampai 2 bungkuih pulak. Sat lagi hampa mengantok pulak dalam dewan peperiksaan. Elakkan minum minuman berkafein.


                                                       

7. Bagi yang muslim, jgn lupa solat Subuh. Banyakkan berdoa dan memohon kepadaNya. Hanya kepadaNya tempat kita memohon hajat dan pertolongan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

                                                              

8.Yang paling penting, minta restu ibu bapa hampa. Tue yang paling PENTING sekali! Keredhaan ibu bapa adalah keredhaanNya.

                               .

9. Apapun, KEEP COOL N CALM. It's ok untuk rasa berdebar tetapi kena control cket. Jangan sampai nk pegang pen dpk ketaq..




                                                           

10. Cuba amalkan beberapa doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Antaranya ialah " Rabbi yassir walatuassir" dan perbanyakkan baca ayat seribu dinar. Semoga dipermudahkan segalanya dan diberi idea untuk hampa menjawab soalan-soalan exam tue.. 

                                   

Semoga perkongsian entry ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada hampa semua yang bakal menduduki peperiksaan. PROVE YOURSELF TO ACHIEVE EXCELLENT RESULT IN UR EXAM! INSYAALLAH, MY DUA' WILL ALWAYS BE WITH ALL OF YOU:-)

Last but not least, GOOD LUCK GUYS! SAYANGGGG HAMPA SEMUA:-) BITTAUFIK WANNJAH <3

Sunday, October 21, 2012

Hadapi dengan senyuman (^______________-^)

Assalamualaikum...pahabaq semua?Diharapkan semua berada di lembayung rahmatnya di samping menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah di muka bumi ini...ecece..dh mcm ustazah la pulak..hehe

Hadapi dengan senyumannnn? Ini merupakan tajuk entry blog pada kali ini. Sebagai manusia. memang kita tidak dapat lari dari masalah. Apa yang membezakannya ialah bagaimana pendekatan yang diambil  oleh seseorang manusia itu dalam menangani masalah tersebut.

Walaupun pada hakikatnya, di depan orang, aku masih mampu tersenyum, tapi, dalam hati ini Allah sahaja yang tahu. Apa pun, aku berharap agar Allah mempermudahkan segala urusan aku dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.



"Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu mereka pikul"


SEMOGA ADA PELANGI YANG MEWARNAI SELEPAS HUJAN MEMBASAHI BUMI...

kerh3..ayat neh saja ja aku reka..k la..aku rasa tak banyak yang aku nk tulis pada kali neh..perut pun dok berkeroncong dh neh..lapaqqqqqq..jom kita p layan perut dulu..ahaksssssss..jom! apa yang penting S.E.N.Y.U.M oke!



                                                          

Comel kan kucing neh..kucing pun taw senyum..hehehehe..ok la..sehingga berjumpa lagi di lain masa...Assalamualaikum...:-)

Saturday, September 22, 2012

Deactivated Facebook!!!!! kau hadowwww...ahaks!


Hape?????? deactivated facebook! hahaha...mcm x percaya..percubaan yang berjaya utk 2 hari! YES!Bukannya ape, kalau log in facebook, mau berjam2 dok melangut kat depan lappy...tue pun..bukan wat hape pun..juz baca status, like2...comment(ikut mood r..kalau ghajin..komen..haha)..

Walaupun dlm tempoh deactivated neh..tgn neh kdg gatal jugak dok log in..tp..juz a few minutes..hahaha..lepas tue decativated balik..kerh3..waktu aku log in for a few minutes tewww....ada la aku terbaca satu komen  dkt satu link fren fb aku. Link tue lagu najwa latip ngan kumpulan sleeq..ala lagu yg pemes skunk neh Untuk Dia...Sebelum deactivated, aku ada like link neh...Pas tue aku terbaca komen2 di bawah link tue.Lebih kurang mcm neh la komen2 tue:

Si A: Eh!nape saya sorang je yg like? bukannya ari tue ada lg sorang ke?

Si B: Sape lak lg sorang tue?

Si A: Entah..skandal awak kot...

Si A tue mungkin gf kpd fren fb aku or mgkn br nk msk line kot..hahaha..tergelak aku baca komen2 neh...nape? aku x boleh nk like ke link tue? ade i kisahhhh...like link je pun...bukannye komen..haha..

Ala..x payah nk jeles2 pun...aku like je pun..haha..x hingin aku aih..ok la..setakat neh dulu post aku yg agak gedikssss neh...ahakkkkkks!gedikss kan...ok...bubbyeeeee...berjumpa lagi:)

Friday, September 21, 2012

Final semesterrrrrrr lorrrrrrr!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Pahabaqqqqq oooi? Dah lama x hupdate status kat cni..sampai password pun dh terlupe...hahaha...adoyaiiiii.apa pun tak boleh...okehhhh...pejam celik...pejam celik..dh masuk minggu kedua dah aku memulakan pengajian di semester terakhir yakni semester 8...ahaksss! SEM 8...perghhhhh...sem yang menyerabutkan otak dan menyenakkan urat perut aku...manyakkkkkk kelija oooi! tp bapak bangga giler bila adik2 junior tanya..."sem bape ek?"...dengan hidung kembang kempis,aku menjawab " sem 8 dik"...reaksi junior tue..." fuyooooooo...sem 8" ehehe. 

Bersyukur jugak walaupun sem 8, aku ngan beberapa org kawan aku still dpt kolej...alhamdulillah! syukur sgt2..aku x kisah walaupun kene berebut bas...best giler kot dpt berebut bas..hahaha..otai x otai...berebut tetap berebut derrrr! Bukannya aku x nk merasa dok kat umah sewa..cuma bagi aku la kan...jiwa aku mungkin jiwa koleh kot...kalau duduk kat luaq, banyak nk kena pikiaq..nk kena bayaq sewa umah tiap2 bulan...tue belum termasuk payment utk bil utiliti yg lain2 lagi...api, ayaq.etc..yg paling  penting, line tenet beb! IT' S ALWAYS BE FREE FOR U! ahakkkkkks!

Selain drpd tue..banyak kuliah aku pada sem neh kat kampus baru...cantik doe! dh la cantik...luas satu hal...terkial2 aku ngan kwn2 aku cr bilik kuliah..dn terpaksa menebalkan muka tanya adik..2 junior .."Adik, Blok 6 kat mana ek?"...lagak mcm pelajar baru masuk je..padahal dah senior menior dh kooooot...tak pa..pepatah Melayu ada berkata..JANGAN MALU BERTANYA ..NANTI SESAT JALAN! So.itshokeyyyyy for me to ask my junior! ehehee

Sem neh jugak la aku TERPAKSA bergelumang dgn final year project or THESIS. InsyaAllah..minggu depan aku dan kwn2 seEXTROVERT aku akan membentangkan proposal masing2..ketaqqqq beb! Semoga dipermudahkan segala urusan kami dalam menyiapkan projek tahun akhir ini...

Okeh! aku nk smbg type bib utk proposal aku...misi harus diteruskan! CHAYOK2..InsyaAllah...entry yg seterusnya bakal menyusul nanti...Sayang koranggggg ....muahhhhhhhhh <3



Wednesday, January 11, 2012

Dag..dig.. dug..

Assalamualaikum wbt..apa khabar semua? diharapkan semuanya sihat hendaknya dalam melalui kehidupan seharian. FUUUUUUH...dh bersawang dh blog aku neh..hehe..almaklum la..x de masa nk hupdate..bz mengalahkan menteri..ekekeke...ok la..mesti korang tertanya-tanya..apa yang aku nk share kali neh..Dag..dig..dug..tue la tajuk entry aku kali neh. InsyaAllah..lagi 20 ari lg..aku akan bergelar Kaunselor Pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru..Sekolah ini terletak di daerah Enggor, Kuala Kangsar. Tempoh internship tue ad alah selama 16 minggu. Aku akan berpartner dengan Atun sebagai kaunselor pelatih di situ. Perasaan bercampur baur sebelum menjalani praktikum di situ.Al maklumla..segala yang telah ilmu yang telah  dikutip selama 6 semester akan diaplikasikan selama tempoh internship tersebut. Penyelia aku sewaktu tempoh internship tersebut ialah Dr. Fauziah Hanim Abd. Jalal. Apa yang aku harapkan adalah semoga Allah mempermudahkan urusan aku dan rakan-rakan Extrovert yang sangat aku sayang semasa kami menjalani internship tersebut..Amin..amin..amin yarabbal alamin...

  

Ini la sedikit gambaran sekolah yang aku bakal jalani internship nanti..kepada warga Sek.Men.Keb. Simpang Beluru, InsyaAllah kita jumpa 3o aribln 1 nanti..hehe..okies..setakat neh dulu entry aku kali neh..bubbbyeeeee <3

Monday, February 14, 2011

You raise me up!

Salam semua...bagaimanakah dengan perjalanan hari anda pada hari ini? Hopefully, semuanya berada dalam keadaan baik dan semoga semua urusan dapat diselesaikan. Dah lamanya rasanya tak update blog neh...huhu..Alhamdulillah..akhirnya..siap gak video lagu You Raise Me Up versi Josh Groban. Bila buat video lagu neh..hati aku tersentuh.

Teringat pada arwah ayah aku. Walaupun sudah 6 tahun ayah meninggalkan aku dan keluarga, namun, kenangan bersamanya tak akan aku lupakan. Air mata aku mula bergenang dah....haish...Di bawah neh aku sertakan sajak yang pernah aku ciptakan khas buat arwah ayahku.....







Bingkisan Kasih Buat Ayah

Saat mentari melabuhkan tirainya
Termenungku sejenak di ruang jendela
Saat ini
Aku dambakan sebuah senyuman
Terukir jelas garisan halus
Menghiasi seraut wajahnya
Wajah yang dahulunya
Tidak pernah mengenal erti penat
Membanting tulang memerah keringat
Segala jerit perih
Hanyalah untuk keluarga tercinta

Ayah,
Betapa mulianya jasamu
Betapa besarnya pengorbananmu
Tidak dapat aku membalasnya
Hatta segunung emas sekalipun
Itu bukanlah galang gantinya

Masih segar di ingatanku
Kala aku dirundung kesedihan
Dialah penawar dukaku
Dielus-elus manja rambutku
Ditiupkan kata-kata azimat
Agar anakmu cekal dalam menghadapi
Rona-rona kehidupan
Oh..
Sesungguhnya
Aku merindui suasana itu

Maafkan aku ayah
Walau adakalanya
Hatimu terobek oleh perlakuanku
Namun di wajahmu tetap menguntumkan senyuman
Sesungguhnya
Anakmu ini masih lagi bertatih
Mencari kiblat kehidupan
Andai dapat kuundur masa
Inginku cium tangan kasarmu
Inginku kucup kedua pipimu
Agar dikau mengerti
Anakmu ini amat merinduimu

Namun kini
Tiada lagi kata-kata azimatmu
Tiada lagi belaian manjamu
Yang tinggal
Hanyalah dua nisan
Yang tertanam di pusara sepi
Bersama memori yang tercipta
Akanku siraminya dengan doa
Agar dikau aman bersemadi di sana
 Al Fatihah                    


Touching kan :-(





Wednesday, February 9, 2011

Kentang vs Straw

Salam..pekaba semua?harapnya hari-hari yang anda lalui penuh dengan keceriaan dan juga harapnya anda terus melalui hari-hari anda dengan penuh bersemangat..hoyeaaaaah..mesti anda tertanya-tanya apa kena lak ngan tajuk entry pada kali neh..kentang dan juga straw..huhu..baiklah..begini ceghitenyer..hehe.Percaya tak kalau kentang yang keras dapat ditembusi oleh straw? Ape?????? tak percaya?????..believe it..hehe..dh mcm rancangan Ripley's Believe It or Not la pulak..ngeeeee..Pengalaman ini aku perolehi sewaktu aku mengikuti program TOT anjuran kelas aku. Memang best..antara objektif program ini ialah melatih bakal-bakal kaunselor dengan modul-modul yang efektif sebagai persediaan untuk menjalankan program di sekolah kelak. Dan antara salah satu aktivitnya ialah cuba untuk menembuskan straw ke dalam sebiji kentang. Percubaan pertama perlu menembuskan 7 straw pada kentang tersebut. Walaupun pada mulanya agak kurang menjadi, tetapi, melihatkan kawan-kawan yang lain dapat menembuskan straw tersebut, hati neh mula bersemangat. Yeah..kau boleh Wanie! You can do it! Aku cuba meyakinkan diri aku..dan hasilnya...taraaaa lihatlah gambar di bawah neh..hehe


Inilah hasilnya..Alhamdulillah..aku berjaya menembusi 13 straw ke dalam kentang tersebut. Satu pengajaran yang aku dapat di sini ialah sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan juga sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita. Yang aku lagi kagum..ade kawan aku yang dapat tembus melebihi 20..hebat kan..




Ha..neh buktinya antara kawan aku yang berjaya menembuskan straw ke dalam kentang yang paling banyak..hehe (kredit  to teratakbonekabunda.blogspot.com). Nak tengok yang lagi power..tengok kat bawah neh pulak..siap boleh buat bentuk binatang lagi...hehe.semua yang kat bawah neh gabungan hasil kawan-kawan aku.. 


 Jadi,..percaya dan bersangka baiklah dengan Allah kerana tiada yang mustahil tanpa izin Allah. Allah Maha Mengetahui Ke Atas Segalanya..

Tuesday, January 25, 2011

Patah hati..:-(



Perghhh..tajuk entry kali neh  dah macam  tajuk lagu Sudirman...ngeee..yup..Patah Hati...Perasaan ini selalunya dialami apabila seseorang tersebut ditinggalkan si kekasih...Akibatnya..ada yang menangis sampai bengkak mata, mengurungkan diri dalam bilik dan ada juga yang bertindak di luar batasan iaitu dengan membunuh diri..nauzubillah min zalik..Apabila emosi menguasai pemikiran, maka manusia boleh bertindak diluar kawalan..

Baiklah di bawah neh, ada beberapa tips bagaimana cara atasi patah hati yang aku ambil daripada majalah Remaja..

1. Percaya pada takdir

Bila ' bekas kekasih'  memutuskan untuk memilih orang lain, ajar diri  kamu untuk mempercayai bahawa dunia belum berakhir lagi! Pujuk diri dengan mengatakan bahawa si dia bukan yang terbaik untuk kamu. Yakinlah bahawa Tuhan memiliki  rencana lain untuk kamu.

2. Relakan

Mencintai seseorang beerti kamu harus bersiap sedia untuk merelakan si dia terus bahagia dan bersedia untuk kehilangannya.  Bila si dia menyatakan bahawa dia tidak merasa bahagia ketika dengan kamu, jangan sesekali memaksanya untuk tetap berada di sisi kamu.

3. Lupakan

Teori memang tak semudah praktikal. Namun, saat dia memutuskan untuk meninggalkan kamu atasa alasan apa sekalipun, kamu harus terus mengajar diri untuk melupakannya. Awalnya memang sukar. Apa kata kamu sibukkan diri  dengan pelbagai aktiviti  positif  di luar  sebagai usaha untuk melupakannya.

4. Ambil hikmahnya

Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk diri kita. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengalaman yang paling berharga untuk kamu. Ambil hikmahnya dan pastikan ketika kamu memulakan hubungan baharu, hal-hal seperti itu tidak berulang.

5. Be nice

Kamu  perlu terus berbuat baik ketika berhubungan dengan siapa pun. Tingkatkan harga diri dengan dan teluslah dalam perhubungan. Kamu pasti akan dihargai oleh individu baru kelak!

6. Jangan bersendirian

Tangani masalah  dengan bijak! Orang yang baru putis cinta suka berfikir dan melakukan perkara-perkara yang aneh, lebih-lebih lagi sewaktu bersendirian . Jadi, elakkan!

7. Bersedia untuk orang baru

Jangan mengurung diri kamu dari pergaulan dengan dunia luar. Yakinlah diri kamu untuk kembali menjalin hubungan dengan sahabat dan rakan-rakan yang lain. Bukalah networking yang baru.

8. Serlahkan potensi diri

Wake up! Jangan biarkan diri kamu terperangkap dalam lara begitu lama. Cari semula potensi diri kamu sehingga ia boleh dinilai oleh orang lain.

9. Berdoa dan bertawakal

Serahkan segalanya pada kekuasaan Tuhan. Kamu bakal menemui kedamaian saat kamu mengadu dan merelakan segalanya pada-Nya.